Thursday 30 August 2018

CARA MEMBERI TUGASAN KEPADA MURID MENGGUNAKAN WIDGET 'BOOST'

SEARCH ENGINE FOR KIDS

Enjin carian maklumat yang selamat digunakan untuk kanak-kanak bawah umur.

/https://www.kiddle.co


Sunday 12 August 2018

PERLAKSANAAN HOUR OF CODE 2018

     Kempen "Hour of Code" telah dibuka mulai tarikh 16 Julai hingga 3 Ogos 2018 kepada semua sekolah seluruh Malaysia. Hour of Code ialah aktiviti yang menyeronokkan yang dapat memupuk semangat belajar dan pemikiran komputasional di kalangan pelajar . Hour of Code merupakan sebahagian daripada pembudayaan inovasi digital yang sedang giat dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia secara pembelajaran formal dan aktiviti kokurikulum dalam usaha menyediakan para murid untuk pekerjaan abad ke -21.
     Penyertaan telah dibuat oleh semua murid Tahap 2 tahun 4, 5 dan 6 semasa waktu TMK. Seramai 125 orang murid yang telah berjaya mendapat sijil online daripada Code.org dengan usaha dan daya saing murid sendiri. Sijil HOC murid akan direkodkan dalam PAJSK peringkat sekolah oleh guru kelas mereka.
     Bagi murid yang berminat untuk mengasah bakat dalam Coding digalakkan untuk mendaftar akaun di laman berikut https://hourofcode.com/us/learn
     Ucapan tahniah kepada murid yang berjaya menghabiskan cabaran dalam setiap level coding mereka.
     Terima kasih di atas kerjasama ibubapa yang menggalakkan anak mereka terlibat dalam kempen ini.
#hourofcode #mydigitalmaker #mydigitalmaker_my